- Tawaran dibuka kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin ini bagi tempoh mulai 01.01.2013 hingga 30.11.2014 (maksima 23 bulan).
- Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda "SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH" di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 12.10.2012 jam 12.00 tengahari.
- Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank atas nama, Pengetua/ Guru Besar SK Lavender Heights. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya.
- Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 14.09.2012 hingga 12.10.2012 pada waktu pejabat secara PERCUMA.
- Jumlah anggaran murid untuk tahun 2013 adalah seperti berikut :
BANGSA
|
BILANGAN
|
MELAYU
|
894
|
CINA
|
-
|
INDIA
|
18
|
LAIN-LAIN
|
2
|
JUMLAH
|
914
ORANG
|
GURU/KAKITANGAN
|
BILANGAN
|
GURU
|
50
|
KAKITANGAN
|
10
|
JUMLAH
|
60 ORANG
|
JUMLAH BESAR = 974 ORANG
Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan