Ahad, 15 Julai 2012

Pelancaran Bulan Kecergasan & Senamrobik 1M1S

Pada 10 Julai yang lepas, pelancaran bulan kecergasan dan senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah diadakan disemua sekolah seluruh Malaysia. SKLH turut menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan program ini. Selain seorang pengajar aerobik yang dijemput khas untuk menjayakan senamronik 1M1S, SKLH turut menjemout beberapa wakil daripada Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan serta pihak Jabatan Kesihatan bagi memeriahkan majlis tersebut.

Objektif bulan kecergasan adalah untuk :
  • Menarik minat murid, menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan dengan tujuan melahirkan masyarakat cergas dan sihat.
  • Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khususnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
  • Menjalin ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan murid pelbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.

Berikut merupakan antara gambar yang dirakamkan semasa hari pelancaran bulan kecergasan 2012 :

Senamrobik 1M1S
Pengajar aerobik yang dijemput khas
Barisan ibu yang turut memeriahkan majlis
Simbolik perasmian bulan kecergasan
Ceramah kesihatan
Soalan kuiz nyamuk Aedes dan demam denggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan