Ahad, 15 Julai 2012

Permulaan PIBG SK Lavender Heights

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PIBG SK Lavender Heights telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Objektif penubuhannya adalah :
  • memainkan peranan bagi memastikan kebajikan dan  kemajuan pendidikan murid dititikberatkan,
  • menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengumpul dana kewangan bagi membantu memenuhi keperluan-keperluan tertentu di sekolah, dan
  • bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran untuk menaiktaraf pendidikan di sekolah.
Semoga dengan terbina laman blog ini dapat menjadi salah satu medium perhubungan bagi ibu bapa dan guru bersama-sama berkongsi pendapat, bertukar pandangan dan melihat perkembangan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan sokongan PIBG SK Lavender Heights.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan